KANSER PAYUDARA KESAN AWAL DENGAN PEMERIKSAAN SENDIRI PAYUDARA (PSP)
Apakah kanser payudara?
Kanser payudara merupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama kematian di kalangan wanita di Malaysia. Kanser payudara berpunca dari sel-sel dalam tisu payudara yang berkembang dalam keaadaan yang tidak terkawal. Jika tidak di kesan dan dirawat secepat mungkin, kanser payudara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati. Apakah yang menyebabkan kanser payudara. Penyebab sebenar kanser payudara tidak di ketahui. Setiap wanita berusia 20 tahun keatas adalah berisiko menghidap kanser payudara. Faktor-faktor berikut mungkin menambahkan risiko wanita menghidap kanser payudara: Usia meningkat Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara. Telah mendapat kanser pada satu payudara. Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun) Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun. Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan. Apa Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Mencegah Kanser Payudara. Kanser payudara boleh dicegah jika dikesan dan dirawat awal. Kanser payudara adalah salah satu kanser yang paling mudah di kesan. Pengesanan boleh dilakukan dengan pemeriksaan Payudara. Semua wanita yang berusia 20 tahun dan lebih perlu melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) Setiap bulan sepanjang hayat mereka. Bagi wanita yang melebihi 30 tahun mereka perlu juga mendapatkan Pemeriksaan Payudara oleh saorang doktor atau kakitangan perubatan yang lain setiap tahun. Pemeriksaan payudara secara tetap akan membolehkan sesaorang wanita mengesan kanser payudara pada peringkat yang awal di mana rawatan adalah lebih berkesan. Bila waktu yang sesuai melakukan PsP ? Anda mesti melakukannya setiap bulan. Jika anda masih datang haid, PSP mestilah dilakukan di antara hari ke-7 hingga ke-10 selepas bermulanya haid anda. Sekiranya jangkamasa haid anda tidak teratur atau anda sudah putus haid, PSP mesti dilakukan pada satu hari yang ditetapkan setiap bulan. Pilih hari yang mudah untuk diingati, seperti hari pertama atau terakhir pada bulan tersebut. Bagaimana Melakukan PSP Ia boleh di lakukan dengan 2 cara iaitu, melihat perubahan di hadapan cermin dan mengesan perubahan dengan cara berbaring. A. Melihat Perubahan Di Hadapan Cermin Lihat pada saiz, bentuk dan keseimbangan bentuk payudara (symmetry) serta paras kedua-dua puting payudara. Kedudukan 1 Tanggalkan pakaian anda pada paras pinggang, dan lihat diri anda di hadapan cermin. Kedudukan 2 Angkat kedua-dua tangan ke atas kepala anda. Periksa payudara anda dari berbagai sudut.
Kedudukan 3 Berdiri tegak di hadapan cermin dengan tangan anda di sisi. Pusing ke kiri dan ke kanan untuk mengesan sebarang perubahan pada payudara.
Kedudukan 4 Tegangkan otot-otot bahagian dada anda dengan mencekak pinggang dan menolak ke bawah. Tanda tanda Amaran Yang Perlu Di perhatikan Semasa Pemeriksaan. Benjolan di payudara atau ketiak Perubahan bentuk dan saiz payudara yang luarbiasa Kerutan atau lekuk yang luarbiasa pada payudara Puting payudara tertarik ke dalam Pendarahan atau lelahan luarbiasa dari putting payudara. B. Mengesan Perubahan Dengan cara berbaring Langkah 1:
Persedian Mulakan dengan PAYUDARA KANAN. Baring mengiring ke kiri dengan membengkokkan kedua-dua lutut anda.Letakkan bantal atau tuala mandi yang telah dilipat di bawah bahu sebelah kanan untuk menaikkan bahagian yang akan diperiksa. Kemudian letakkan tangan kanan anda di bawah kepala. Gunakan tangan kiri anda untuk memeriksa payudara kanan anda. Gunakan tapak jari-jari anda untuk memeriksa sebarang BENJOLAN atau PENEBALAN Periksa Payudara anda dengan menggunakan Kaedah- Urutan Menegak (Vertical Strip) don Kaedah Pusingan (Circular). Langkah 2:
Pemeriksaan Payudara Kaedah Urutan Menegak Periksa seluruh kawasan payudara dalam corak urutan menegak, dari tulang selangka dibahagian atas kegarisan kutang (bra-line) di bahagian bawah; dan dari garis-tengah antarakedua payudara anda ke garis tengah di bahagian bawah ketiak anda Megunakan tangankiri, mulakan urutan pertama di ketiak anda. Buat pusingan ringan dan kemudian tekankuat di tempat ini untuk merasakan sebarang benjolan atau penebalan. Gerakkan tangan anda perlahan-lahan ke bawah ke arah garis-kutang menggunakanpusingan ringan dan tekanan kuat di setiap tempat. Di-bahagian bawah garis-kutangbergerak lebih kurang dua sentimeter ke kiri dan terus kearah atas menuju tulangselangka anda dengan melakukan pusingan dan tekanan. Bergeraklah ke atas dan kebawah mengikut urutan dan liputi seluruh kawasan yang di tunjukkan. Langkah 3 :
Pemeriksaan Payudara Kaedah Pusingan Bermula di bahagian atas payudara anda, buat pusingan yang besar. Bergeraklah sekeliling payudara anda dengan memerhatikan sebarang benjolan atau penebalan yang luar biasa. Buat sekurang--kurangnya tiga pusingan kecil sehingga anda sampai ke puting payudara. Lakukan ini sebanyak dua kali, sekali dengan tekanan ringan dan sekali dengan tekanan kuat. Jangan lupa periksa bahagian bawah areola (kawasan hitam). Langkah 4 :
Pemeriksaan Lelehan Di Puting Payudara Menggunakah kedua-dua belah tangan, tekan payudara anda untuk melihat sama ada terdapat sebarang lelehan luarbiasa dari puting payudara. Langkah 5 :
Memeriksa Ketiak Anda Jatuhkan tangan kanan anda ke sisi dan rasa ketiak anda dengan teliti untuk mengesan sebarang benjolan.
p/s--RAYUAN KEPADA SEMUA WANITA JADIKAN PSP SEBAHAGIAN DARI CARA HIDUP ANDA JIKA ANDA MERASA SEBARANG BENJOLAN LUARBIASA DI PAYUDARA ANDA SILA JUMPA DOKTOR DENGAN SEGERA. INGAT ! KANSER PAYUDARA BOLEH DISEMBUHKAN JIKA DIKESAN AWAL DAN DIRAWAT SECEPAT MUNGKIN.

0 rePek2:
Post a Comment