> > Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
> > Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
> > Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
> > Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
> > Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
>>Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
>>Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
>>Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
> >Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
> > TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
> >Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
> > Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
> > Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
> > Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
> > Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
> > Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
> > Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
> > Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.
> > Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat.
> > Bila berjudi, percaya unsur kurafat. Tapi hidup pula yang melarat.
> > Tali kasut dah tak berikat. Rambut pun jarang sikat.
> > Yang perempuan, pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat..
> > Suka sangat menunjukkan pusat. Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
> > Pakai pulak yang singkat-singkat. Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
> >Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat. Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat. Duduk jauh berkirim surat . Bila berjumpa, tangan berjabat Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
> > Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
> >> > Usah peduli agama dan adat.
> > Yang penting apa kita nak buat?
> > Kita 'bukti' lah kita buat.
> >Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
> > Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
>>Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.
> >MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT .
> > Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
> > Habis manusia telah tersesat.
> >Inilah dia fenomena masyarakat.
> > Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
> > Marilah kita pakat mengingat,
> > Bahawa dunia hari ini makin singkat,
> > Esok atau lusa mungkin kiamat,
> > Sampai masa kita semua akan berangkat!
> > Berangkat menuju ke negeri akhirat.
> > Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
> > Masa tu, sindri mau ingat.
> >Umur mu banyak mana dah mu buat ibadat...?
> > Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
> > Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
> > Ilmu anta, adakah anta manfaat...?
> >> > Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
-dieyla_
Movie Review : Babah (2024)
4 hours ago
1 rePek2:
dieyla..
awk temerloh kat mane eh..?!
Post a Comment